Jumaat, 16 April 2010

Khamis, 12 Februari 2009

FALSAFAH MENANCING



SALAM.
  1. Faktor utama yang menjadi rahsia kejayaan seseorang agen insurans adalah AKTIVITI. Kalau hendak dibuat formula sainsnya, TUTUP KES BERKADAR LANGSUNG DENGAN AKTIVITI. Maksudnya lebih banyak aktiviti lebih banyak peluang mendapat KES. Apa aktiviti yang dimaksudkan?
  2. Aktiviti adalah proses mendapatkan kenalan (contact) prospek sebanyak mungkin
  3. Kemudian akan disusuli dengan membuat panggilan dan seterusnya mendapat temujanji dan jika diizinkan oleh Nya TUTUP KES
  4. Persoalanya, macam mana nak dapatkan contact?
  5. Pengalaman saya yang baru seminggu turut serta Booth di Medan Mara, Kuala Lumpur, semasa kita mengedarkan risalah saya terfikir satu falsafah, iaitu;
  6. Menjual ini ibarat Memancing,
  7. Kalu pikiran positif kita akan berfikir: Usaha dah ada, tawakal sahaja,insyallah ada hasilnya.
  8. Kalu fikiran negatif, kita akan cakap; Ikan tak dapat, umpan kehabisan.
  9. Kesimpulannya, kita kenalah
  • banyak bersabar
  • cari lubuk
  • cari masa sesuai
  • guna umpan yang sesuai
  • sentiasa berdamping dengan pakar

Khamis, 5 Februari 2009

APA YANG PENTING........KERJA....SAMA


Salam.

Kerjasama sesama ahli kumpulan sangat sangat sangat penting bagi kejayaan bisnes takaful. Dari situ pelbagai bentuk bantuan akan diberikan, bantuan teknikal, motivasi kongsi pengalaman dan sebagainya.

Hari ini, SYNERGY berbincang bagaimana mahu mendapatkan peluang bisnes yang lebih besar. Antara cadangan yang bakal dijalankan
a. Membuat sesi taklimat di badan-badan koprat dan kerajaan
b. Membuat Blizt di sekolah-sekolah.

Dua cadangan ini diharap dapat meningkatkan lagi jualan.

Sekian, jumpa lagi.

P/s; Ahli kumpulan Synergy
1. Razak Wish(Kapten)
2. Abg Azmi
3. Pak Rudy
4. Ustaz Firdaus
5. Cikgu Adam

MACAM MANA NAK BUAT NI............




Rasanya dah lama tak ONLINE. alhamdulilah sekarang dah dapat 7 kes. enam daripadanya 1800 a.p.i dan satu 1200 a.p.i

buat masa ini, aku down saangat sebab tak ada kes minggu ni. tension sangat. fulus dah kurang, sales takde. macam macam perasaan negatif. kalu tak mengenangkan liabiliti yang aku tanggung, rasanya dah resign dah. tapi alhamdulilah, alasan ini menjadikan aku terus bertahan. bagus juga kan?

punca...
kurang aktiviti.
nak buat macam mana, masih separuh masa.

tapi itu bukan alasan. Aku mesti buat. ramai orang yang berharap kepadaku. Isteriku, orang tuaku, keluargaku.
Niatku satu, untuk mensejahterakan keluargaku..
Ya Allah, aku mohon bantuan daripadaMu..tujukkanlah jalan keluar didalam kepayahan ini....

Khamis, 15 Januari 2009

SELF VS ENVIORMENT MOTIVATION


Salam Ketabahan dan Kegihihan. 

Kebiasaanya pada setiap hari jumaat, Al-Isra asociates akan bermesyuarat ala jepun iaitu secara berdiri. Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu berunsur motivasi (lagu omputeh biasanya) Kemudian disusuli dengan ikrar (panjang tu ikrar dia). Yang menariknya tentang ikrar ini, ia merupakan kata-kata motivasi yang praktikal. tidak seperti ikrar-ikrar yang selalu di baca dalam mesyuarat kerajaan yang kebanyakan hanya retorik semata.

Sesi terakhir ada perkongsian setiap ajen yang berjaya mendapatkan kes. Mereka akan menceritakan bagaimana dapat kes tersebut, berapa besar kes. hampir setiap ajen pasti ada ceritanya. Sempena tahu baru ini, al-isra assc. mensasarkan jualan sebanyak.....banyaklah juta-juta punya. tahun 2008 saja dalah mencecah RM 17 juta. Banyangkanlah bertapa semangat dan berapa banyak jumlah sale yang akan disasarkan.

Dalam perkongsian tadi, 4-5 orang ajen dapat kes lebih rm 10,000 api. paling tinggi adalah RM21500 api.Syabas untuk Presiden Al-Isra yang baru.

Rabu, 14 Januari 2009

"Pokok Besar yang merimbun bermula dengan sebiji benih yang Kecil"






Salam perkenalan. Apa khabar anda semua. Nama ku adam. Kini aku bertugas sebagi seorang guru di salah sebuah sekolah terkemuka di Kuala Lumpur. Tujuan aku menulis blog ini adalah untuk menceritakan perjalanan aku dalam memperbaiki nasib diriku dan keluarga serta orang disekelilingku. Kini aku sedang mendalami bidang insuran dan takaful yang mana aku dapati, mampu memenuhi impianku yang selama ini hanya bermain-main dalam angananku.

Kini aku menjadi ajen separuh masa dengan Prudential-BSN Takaful, salah sebuah pengendali takaful yang tersohor di Malaysia. Aku beruntung menumui seorang sahabatku, juga merupakan mentor dan senior ajen kepadaku, Hafizul Hamdi. Di Bawah satu agensi, AL-ISRA' ASSOCIATES (www.al-isra.com.my), pendedahan demi pendedahan diberikan. Melalui kelas, seminar, bengkel dan segala macam latihan diberikan kepada ajen baru seperti aku.

Insyaallah sekiranya Allah mengizinkan, aku berazam untuk menjadi ajen sepenuh masa. Sasaran aku dalam tempoh 2 tahun. Walapun isteriku tidak bersetuju, Aku buat semua ini bukan semata-mata mahukan wang, aku mahu membantu orang disekelilingku, terutamanya orang tuaku yang kini masih belum memiliki rumah sendiri dan belum lagi bergelar haji dan hajah. Niatku satu, ingin membalas jasa mereka. Biarlah aku berkorban masa lapangku untuk keselesaan mereka. Biarku memperbaiki segala kesilapan yang aku telah lakukan. Sebelum terlambat, baik aku mula sekarang.

"Nothing is impossible, as long you work on it and got permission from ALLAH"