Rabu, 14 Januari 2009

"Pokok Besar yang merimbun bermula dengan sebiji benih yang Kecil"






Salam perkenalan. Apa khabar anda semua. Nama ku adam. Kini aku bertugas sebagi seorang guru di salah sebuah sekolah terkemuka di Kuala Lumpur. Tujuan aku menulis blog ini adalah untuk menceritakan perjalanan aku dalam memperbaiki nasib diriku dan keluarga serta orang disekelilingku. Kini aku sedang mendalami bidang insuran dan takaful yang mana aku dapati, mampu memenuhi impianku yang selama ini hanya bermain-main dalam angananku.

Kini aku menjadi ajen separuh masa dengan Prudential-BSN Takaful, salah sebuah pengendali takaful yang tersohor di Malaysia. Aku beruntung menumui seorang sahabatku, juga merupakan mentor dan senior ajen kepadaku, Hafizul Hamdi. Di Bawah satu agensi, AL-ISRA' ASSOCIATES (www.al-isra.com.my), pendedahan demi pendedahan diberikan. Melalui kelas, seminar, bengkel dan segala macam latihan diberikan kepada ajen baru seperti aku.

Insyaallah sekiranya Allah mengizinkan, aku berazam untuk menjadi ajen sepenuh masa. Sasaran aku dalam tempoh 2 tahun. Walapun isteriku tidak bersetuju, Aku buat semua ini bukan semata-mata mahukan wang, aku mahu membantu orang disekelilingku, terutamanya orang tuaku yang kini masih belum memiliki rumah sendiri dan belum lagi bergelar haji dan hajah. Niatku satu, ingin membalas jasa mereka. Biarlah aku berkorban masa lapangku untuk keselesaan mereka. Biarku memperbaiki segala kesilapan yang aku telah lakukan. Sebelum terlambat, baik aku mula sekarang.

"Nothing is impossible, as long you work on it and got permission from ALLAH"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan