Khamis, 12 Februari 2009

FALSAFAH MENANCING



SALAM.
  1. Faktor utama yang menjadi rahsia kejayaan seseorang agen insurans adalah AKTIVITI. Kalau hendak dibuat formula sainsnya, TUTUP KES BERKADAR LANGSUNG DENGAN AKTIVITI. Maksudnya lebih banyak aktiviti lebih banyak peluang mendapat KES. Apa aktiviti yang dimaksudkan?
  2. Aktiviti adalah proses mendapatkan kenalan (contact) prospek sebanyak mungkin
  3. Kemudian akan disusuli dengan membuat panggilan dan seterusnya mendapat temujanji dan jika diizinkan oleh Nya TUTUP KES
  4. Persoalanya, macam mana nak dapatkan contact?
  5. Pengalaman saya yang baru seminggu turut serta Booth di Medan Mara, Kuala Lumpur, semasa kita mengedarkan risalah saya terfikir satu falsafah, iaitu;
  6. Menjual ini ibarat Memancing,
  7. Kalu pikiran positif kita akan berfikir: Usaha dah ada, tawakal sahaja,insyallah ada hasilnya.
  8. Kalu fikiran negatif, kita akan cakap; Ikan tak dapat, umpan kehabisan.
  9. Kesimpulannya, kita kenalah
  • banyak bersabar
  • cari lubuk
  • cari masa sesuai
  • guna umpan yang sesuai
  • sentiasa berdamping dengan pakar

Khamis, 5 Februari 2009

APA YANG PENTING........KERJA....SAMA


Salam.

Kerjasama sesama ahli kumpulan sangat sangat sangat penting bagi kejayaan bisnes takaful. Dari situ pelbagai bentuk bantuan akan diberikan, bantuan teknikal, motivasi kongsi pengalaman dan sebagainya.

Hari ini, SYNERGY berbincang bagaimana mahu mendapatkan peluang bisnes yang lebih besar. Antara cadangan yang bakal dijalankan
a. Membuat sesi taklimat di badan-badan koprat dan kerajaan
b. Membuat Blizt di sekolah-sekolah.

Dua cadangan ini diharap dapat meningkatkan lagi jualan.

Sekian, jumpa lagi.

P/s; Ahli kumpulan Synergy
1. Razak Wish(Kapten)
2. Abg Azmi
3. Pak Rudy
4. Ustaz Firdaus
5. Cikgu Adam

MACAM MANA NAK BUAT NI............




Rasanya dah lama tak ONLINE. alhamdulilah sekarang dah dapat 7 kes. enam daripadanya 1800 a.p.i dan satu 1200 a.p.i

buat masa ini, aku down saangat sebab tak ada kes minggu ni. tension sangat. fulus dah kurang, sales takde. macam macam perasaan negatif. kalu tak mengenangkan liabiliti yang aku tanggung, rasanya dah resign dah. tapi alhamdulilah, alasan ini menjadikan aku terus bertahan. bagus juga kan?

punca...
kurang aktiviti.
nak buat macam mana, masih separuh masa.

tapi itu bukan alasan. Aku mesti buat. ramai orang yang berharap kepadaku. Isteriku, orang tuaku, keluargaku.
Niatku satu, untuk mensejahterakan keluargaku..
Ya Allah, aku mohon bantuan daripadaMu..tujukkanlah jalan keluar didalam kepayahan ini....